Assalammualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Kami ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak, blog PPDa SMK Tinusa Sandakan dengan ini berjaya dilancarakan. Blog ini bertujuan untuk memberikan info serta pengetahuan pelawat blog ini berkenaan dengan dadah secara keseluruhannya. Selain itu, blog ini juga berfungsi untuk memberikan maklumat terkini pergerakan serta perkembangan Bilik Sumber PPDa SMK Tinusa, Sandakan kepada umum. Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan agar blog ini boleh menjadi saluran terbaik kepada semua agar bersama-sama membanteras dadah kerana "Dadah adalah Musuh Negara". Sekian

Alkohol

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood". Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski.



Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?
1. Implikasi sosial termasuk :
  1. Kurang kosentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan dalam prestasi pelajaran
  2. Ponteng sekolah
  3. Kelakuan salah laku
  4. Terlibat dalam jenayah


2. Kesan fizikal alkohol adalah:
  1. Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru).
  2. Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).


3. Gangguan kesihatan termasuk:
  1. Kerosakan otak yang kekal
  2. Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
  3. Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
  4. Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
  5. Kanser usus
  6. Penurunan naluri seks dan mati pucuk
  7. Keguguran spontan
  8. Bayi yang tidak normal
  9. Anaemia (kandungan darah rendah)


4. Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
  1. Perubahan personaliti
  2. Kemurungan
  3. Bunuh diri
  4. Kelakuan agresif

No comments:

Post a Comment