Assalammualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Kami ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak, blog PPDa SMK Tinusa Sandakan dengan ini berjaya dilancarakan. Blog ini bertujuan untuk memberikan info serta pengetahuan pelawat blog ini berkenaan dengan dadah secara keseluruhannya. Selain itu, blog ini juga berfungsi untuk memberikan maklumat terkini pergerakan serta perkembangan Bilik Sumber PPDa SMK Tinusa, Sandakan kepada umum. Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan agar blog ini boleh menjadi saluran terbaik kepada semua agar bersama-sama membanteras dadah kerana "Dadah adalah Musuh Negara". Sekian

Sejarah Sekolah

Majlis Pecah Tanah telah dilaksanakan pada 24 Januari 2008 dan telah siap sepenuhnya pada 7 Januari 2010. Sekolah ini dinamakan sebagai SMK Tinusa bersempena dengan lokasinya yang berhampiran dengan Kg. Tinusa 1 dan Kg Tinusa 2.


IMEJ KAWASAN SEKOLAH SEBELUM PEMBINAAN







SEKITAR MAJLIS PECAH TANAH

Majlis Pecah Tanah yang disempurnahkan oleh Ketua Menteri Sabah YB Datuk Musa Hj. Aman. Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr. Hj. Muhiyidin Yassin, dan beberapa  orang VVIP 





SMK Tinusa mula menerima pelajar baru seramai 150 orang pada September 2010 dengan jumlah guru seramai 9 orang diterajui oleh En. Adam Paturusi (Pemangku PK HEM), En.Raymond Dahlan, Pn.Rahimah Nasry, Pn. Jumariah Lauba, Pn.Rohaidah Rahia, En. Umar Haling, 3 orang guru penempatan baru iaitu Cik Norazlin Baizura Ghazali, Pn. Nurmiah Hamid dan Ust. Mohd Nizam Abdullah. Seminggu kemudian, En.Aziz Lazim (PK Pentadbiran) mula ditugaskan di sekolah ini, Cik Haslinah Duhari sebagai guru Bahasa Inggeris dan disusuli oleh Pn. Zubaidah Binti Hj. Ahmat sebagai Pengetua yang pertama di SMK Tinusa Sandakan.

Semasa perhimpunan rasmi kali pertama, pelajar menggunakan lencana dan tali leher sekolah asal mereka iaitu pelajar daripada SMK Taman Fajar dan SMK Perempuan Sandakan.


No comments:

Post a Comment